• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Keselamatan Roblox Akan Diperkenal, Kata MESF

oleh Mohd Arshad
29/10/2025
dalam Terkini
0
Garis Panduan Keselamatan Roblox Akan Diperkenal, Kata MESF
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Satu garis panduan keselamatan digital termasuk untuk permainan dalam talian Roblox, akan diperkenalkan bagi melindungi kanak-kanak, kata Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).

Presidennya, Muhammad Naim Al Amin Saharudin, berkata langkah itu antara perkara dipersetujui dalam pertemuan pihaknya bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta wakil Roblox, semalam.

Menurutnya, antara isu dikenal pasti ialah risiko kanak-kanak terdedah kepada pedofilia, buli siber, ketagihan permainan, eksploitasi dalam talian, serta pendedahan kepada kandungan tidak sesuai akibat kurangnya pemantauan ibu bapa.

“Kita akan mengeluarkan garis panduan keselamatan yang bersesuaian (termasuk bagi permainan Roblox) dan melaksanakan program kesedaran bagi membendung isu ini secara bersepadu.

“MESF bersama pemegang taruh turut akan mengeluarkan penjelasan mengenai bentuk permainan yang sesuai berdasarkan had umur,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, walaupun sesetengah permainan video tidak termasuk dalam kategori sukan elektronik, MESF tetap mengambil peranan membantu mengurangkan risiko dan gejala tidak sihat dalam kalangan pemain muda.

Kebimbangan mengenai keselamatan permainan dalam talian semakin memuncak susulan insiden membabitkan kanak-kanak yang didakwa berkaitan dengan pengaruh Roblox.

Dalam kejadian di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat, kelmarin seorang budak lelaki enam tahun parah akibat dikelar dan ditikam, dipercayai oleh abangnya berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, berkata siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian selepas berang permainan Roblox miliknya terganggu dan kehilangan kira-kira sejuta mata terkumpul (points) selepas telefon bimbitnya rosak.

Budak 9 tahun alami halusinasi akibat main Roblox

Suspek juga dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam akibat pengaruh permainan tersebut, seolah-olah diarahkan mencederakan ahli keluarga, sebelum menyerang adiknya menggunakan pisau di rumah.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu, masing-masing berusia 40 tahun, direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

-Harian Metro

Tags: Garis Panduan KeselamatanMESFRoblox
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd