• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Amat Berpuas Hati Operasi Menyelamat Mangsa Gempa

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Datuk Seri Najib Tun Razak amat berpuas hati dengan operasi menyelamat mangsa gempa bumi di Sabah, khususnya di Gunung Kinabalu, yang dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.

Perdana menteri berkata segala tuduhan yang dilemparkan terhadap agensi penyelamat, termasuk lambat bertindak, adalah tidak benar.

“Saya hendak nyatakan bahawa setelah diberi penjelasan dan penerangan pagi tadi, saya atas nama kerajaan pusat amat berpuas hati dengan segala tindakan operasi yang telah dijalankan oleh semua pihak. Kalau ada yang cuba menuding jari kononnya kita lambat ataupun ada kelemahan, sebenarnya itu tidak benar,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada waris mangsa malim gunung yang terkorban dalam insiden gempa bumi berukuran 5.9 pada Skala Richter yang melanda Sabah Jumaat lalu.

Beliau berkata semua tindakan dan operasi yang mampu dan boleh dilakukan mengikut keadaan selepas kejadian gempa bumi dan berdasarkan keadaan cuaca pada ketika itu telah dilakukan pasukan penyelamat dengan baik.

Perdana menteri berkata semua mangsa gempa bumi di atas Gunung Kinabalu yang boleh diselamatkan, telah berjaya diselamatkan manakala yang ditakdirkan Ilahi terkorban dalam tragedi itu dan boleh dibawa turun, juga berjaya dibawa turun.

“Jadi di sini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam kerja untuk menyelamatkan mangsa-mangsa gempa bumi tersebut. Antaranya, kita lihat bahawa agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat bekerjasama dengan amat erat sekali.

“Umpamanya bagi kerajaan negeri, Taman-Taman Sabah, kita lihat sudah tentu malim gunung yang menunjukkan keberanian yang luar biasa. Berkorban. Bila kita sebut berkorban apa sahaja, kumpulan malim gunung itulah antaranya,” kata Najib yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. – BERNAMA

Tags: Gempa SabahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd