• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Force One Bawa Presiden Trump Selamat Mendarat Di KLIA

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Air Force One Bawa Presiden Trump Selamat Mendarat Di KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Air Force One, pesawat rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, sempena lawatan Presiden Donald Trump ke negara ini.

Pesawat berkenaan mendarat mendarat di Kompleks Bunga Raya pada jam 9.54 pagi.

Lawatan pemimpin itu dari 26 hingga 27 Oktober serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20.

Lawatan dibuat atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Ini lawatan pertama Trump ke Asia Tenggara sejak beliau kembali semula memegang jawatan sebagai Presiden ke-47 AS pada Januari.

Sepanjang lawatannya, Trump dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, hari ini.

Air Force One, pesawat Boeing 747-200B yang diubah suai khas untuk berfungsi sebagai ‘White House terbang’, bukan sekadar pengangkutan.

Ia juga berperanan sebagai pusat arahan, pejabat dan kubu terbang, lengkap dengan sistem komunikasi selamat yang kalis gangguan, bilik perubatan, bilik mesyuarat serta ruang kediaman mewah yang sesuai dengan jawatan paling berkuasa di dunia.

-Berita Harian

Tags: Air Force OneASEANDonald TrumpKLIA
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd