• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anak Mati Kita Reda, Tapi Pasaipa Hangpa Tinggal Dia’- Ibu Mustaqqeem

oleh Mohd Arshad
18/10/2025
dalam Terkini
0
‘Anak Mati Kita Reda, Tapi Pasaipa Hangpa Tinggal Dia’- Ibu Mustaqqeem
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS: “Kita (cerita ini) bukan pasal (mengenai) anak mati (meninggal dunia), anak mati (itu) kita reda tapi yang kita tak puas hati, pasaipa (mengapa) hangpa (mereka) tinggal dia” luah Rohani Saad, ibu kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansor yang maut akibat kesejukan melampau di Gunung Liang, Muallim, Perak, kelmarin.

Rohani, 64, berkata dia terkilan mengetahui Mustaqqeem ditinggalkan seorang diri ketika dia cedera sehingga anak sulungnya itu pergi buat selama-lamanya.

Lebih memeritkan, katanya, pelbagai versi alasan diberikan berhubung kehilangan anaknya itu yang mana ia tidak dapat diterima sama sekali.

“Pada mulanya, mereka beri tahu kaki (Mustaqqeem) ‘cramp’ (kejang) tapi takpa dia ada dengan ‘guide’ (malim gunung). Kita (ahli keluarga) tak tau (apa yang berlaku), depa (mereka) macam- macam cerita (keluar).

“Ada yang kata enam jam cari (Mustaqqeem) tak jumpa, tapi bila polis dan bomba naik (kira-kira) tiga jam, polis dan bomba jumpa pun. Jadi kenapa kata hangpa (mereka) cari enam jam tak jumpa.

“Dia (Mustaqqeem) ada atas tu puncak tak pi mana, itu saja. Lepastu tak buat laporan polis pulak apabila yang buat bini (isteri Mustaqqeem) selepas dapati suaminya tak pulang,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Lahar Tabut, Penaga, di sini, hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Mustaqqeem, 34 selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan pusara datuk dan neneknya selepas Subuh.

Allahyarham, anak sulung daripada tiga beradik itu bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat dan meninggalkan isteri, Nur Faratin Mohd Othman, 31.

Jelas Rohani, kali terakhir dia bertemu dengan anak sulungnya itu sehari sebelum Mustaqqeem pergi menyertai aktiviti pendakian berkenaan.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham, Muzammeer, 33, berkata dia berharap polis dapat menjalakan siasatan terhadap kejadian menimpa abangnya.

“Mengenai tindakan lanjut (perundangan) kami sekeluarga akan berbincang terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, arwah abangnya itu mula aktif dengan aktiviti pendakian tahun ini dan bercadang mendaki di Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal, hujung tahun ini.

Allahyarham Mustaqqeem dilaporkan melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, Isnin lalu.

Bagaimanapun, lelaki itu ditemukan sudah meninggal dunia di puncak gunung, jam 3.30 petang kelmarin, dengan sedikit kesan pendarahan pada hidung.

Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kesejukan melampau.

BHonline-

Tags: tragedi Gunung Liang
Share247Tweet154SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd