• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tikam Pelajar: Laporan Patologi Dijangka Siap Antara Satu Hingga 3 Bulan

oleh Mohd Arshad
18/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kes Tikam Pelajar: Laporan Patologi Dijangka Siap Antara Satu Hingga 3 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan patalogi kes kematian pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam pelajar lelaki di sebuah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata laporan berkenaan dijangka mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan.

“Setakat ini laporan penuh belum diperoleh, kebiasaannya laporan patologi mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan.

“Hanya selepas laporan itu siap, barulah jumlah sebenar kesan tikaman dapat disahkan secara rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata suspek utama masih direman sehingga 21 Oktober ini bagi melengkapkan siasatan manakala 127 saksi sudah dipanggil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini media melaporkan, ibu mangsa, Wong Lee Pong mendakwa ahli patologi memaklumkan, anaknya ditikam 200 kali dan bukan 50 kali, selain terdapat luka besar dan kecil pada bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru.

Dalam kejadian berkenaan, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan.

Suspek kemudian ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BHonline-

Tags: kes tikam pelajarlaporan patologi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd