• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘BN Ramaikan Golongan Profesional Sebagai Calon Pada PRN Sabah’ – Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
dalam Politik
0
‘BN Ramaikan Golongan Profesional Sebagai Calon Pada PRN Sabah’ – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon daripada UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata calon MIC berkemungkinan tidak diturunkan selepas mengambil kira jumlah pengundi India yang kecil di Sabah.

“Insya-Allah, kebanyakan calon BN adalah muka baharu dan kita kekalkan muka lama serta akan ramaikan golongan profesional menjadi calon BN.

“”Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN sudah dimuktamadkan dan tiada pertindihan kerusi berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron; dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Junady Nawawi.

Menyentuh jumlah kerusi bakal ditandingi BN, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diumumkan pada hari penamaan calon.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 6 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRN-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober ini bagi membincangkan beberapa tarikh penting dan perkara lain berkaitan PRN berkenaan.

BHonline-

Tags: BNPRN SabahZahid Hamidi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd