• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Mohon Maaf Wanita Diarah Pakai Kain Batik

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memohon maaf kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L. Tan kerana diarahkan memakai pakaian kain batik ketika berurusan di JPJ Wangsa Maju di sini .

JPJ dalam satu kenyataan media memberitahu, JPJ berasa amat kesal kesal dengan kejadian tersebut dan memohon maaf kepada Tan di atas kesulitan yang beliau alami.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.

[Wanita Pakai Skirt Pendek Marah, Disuruh Sarung Kain Batik Di JPJ]

“Apa yang terjadi jelas telah menyulitkan urusan pelanggan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

JPJ bagaimanapun menegaskan jabatan itu tertakluk kepada garis panduan kod etika pakaian yang telah ditetapkan sama seperti pejabat kerajaan yang lain.

“JPJ sentiasa proaktif dalam memberi khidmat kepada orang ramai bagi memastikan mereka memperolehi perkhidmatan yang baik dan efisien,” kata kenyataan itu.

Mynewshub.cc  hari ini melaporkan, seorang wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L. Tan menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan JPJ menerusi laman Facebook.

Luahan wanita itu yang disertakan beberapa gambar menarik perhatian netizen hingga menjadi topik hangat di laman sosial.

Menurut Suzanne, tujuan dia berurusan dengan pejabat JPJ adalah bagi menandatangani borang pemindahan nama hak milik bagi sebuah kereta yang dijual.

Bagaimanapun, wanita yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah ini mendakwa didekati oleh seorang kakitangan JPJ sebelum disuruh menyarungkan kain batik yang diberi.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd