• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Beri Amaran Keras Kepada King Sing, MOTAC Isu Arak

oleh Mohd Arshad
07/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
PM Beri Amaran Keras Kepada King Sing, MOTAC Isu Arak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta kementerian berkenaan agar memastikan bahawa kesilapan menghidangkan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang.

Perdana Menteri berkata, penjelasan kementerian itu bahawa minuman keras hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali.

“Penjelasan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) ialah… ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama. Kami telah berikan peringatan keras kepada menteri dan kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini walaupun penjelasan itu adalah bahawa program berakhir, tetapi tidak wajar sama sekali,” katanya.

[TERKINI]

Dasar kerajaan tegas tidak benarkan minuman keras dihidang dalam acara rasmi

Jemaah Menteri dan seluruh jentera kerajaan diingatkan agar tidak cuai berhubung isu minuman keras dalam acara kerajaan

PM Anwar beri amaran keras terhadap MOTAC dan Menteri pic.twitter.com/lNBGhKtQ6O

— BERNAMA (@bernamadotcom) October 7, 2025

Perdana Menteri berkata demikian kepada BERNAMA dan RTM di Kompleks Bunga Raya di sini selepas menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif yang selesai mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Terdahulu, tular gambar memaparkan program didakwa Global Travel Meet 2025 Gala Dinner di bawah Tourism Malaysia menyajikan minuman beralkohol, namun King Sing menegaskan pihak industri dan sektor swasta teruja dengan acara global yang julung kali dianjurkan itu sehingga menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam berkenaan.

Tambahnya lagi, acara selama dua hari setengah dianjurkan dengan inisiatif pihak industri serta sektor swasta itu berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Kabinet dan UMNO yang diterajuinya menolak sekeras-kerasnya perbuatan itu.

“Saya sendiri akan membawa ke mesyuarat Jemaah Menteri atas ketidaksetujuan UMNO. Sebagai presiden parti, kita menolak 100 peratus,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Menyifatkan perbuatan itu tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam, beliau menegaskan, penganjuran acara rasmi kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti bangsa serta agama dan dalam kes terbaharu itu, sensitiviti umat Islam dan agama Persekutuan.

Bernama-

Tags: amaran kerasAnwar IbrahimMOTACtiong king sing
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd