Pesakit Jantung Kronik Muda Mohon Bantuan Orang Ramai
KUALA LUMPUR, 3 Okt 2025 — Seorang gadis muda yang menghidap penyakit jantung kronik sejak lahir memerlukan bantuan kewangan dan sokongan masyarakat bagi meneruskan rawatan serta menampung kos kehidupan harian keluarganya.
Menurut maklumat yang dikongsikan oleh keluarga, adik berkenaan kini bergantung kepada rawatan jantung sepanjang hayat.
Dalam masa sama, bapanya yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar bungkusan tidak lagi mampu bekerja sepenuh masa selepas disahkan menghidap penyakit Haglund’s Deformity — sejenis benjolan tulang pada tumit yang menyebabkan kesakitan teruk dan kesukaran berjalan.

Bagi meringankan beban keluarga, mereka kini berusaha mencari pendapatan dengan menjual kek lapis pelbagai perisa pada harga RM15 sebiji, yang boleh dipos ke seluruh Malaysia.
Terdapat 34 jenis perisa yang ditawarkan kepada pelanggan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan atau membeli kek lapis bagi menyokong usaha ini boleh menghubungi nombor 019-6060168 melalui panggilan atau WhatsApp.

Keluarga ini berharap agar masyarakat dapat bersama-sama membantu meringankan beban mereka, sama ada dengan sumbangan kewangan atau dengan membeli hasil jualan kecil-kecilan tersebut.
Mynewshub menyeru orang ramai agar menyalurkan bantuan seikhlas hati bagi membantu keluarga ini meneruskan kehidupan dan rawatan anak mereka yang menghidap penyakit kronik.
