• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nethanyahu Mohon Maaf Kepada Qatar Atas Serangan Di Doha

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Nethanyahu Mohon Maaf Kepada Qatar Atas Serangan Di Doha
Share on FacebookShare on Twitter

MYNEWSHUB | ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan telah memohon maaf kepada Qatar berhubung serangan udara Israel di Doha baru-baru ini yang mengorbankan seorang anggota keselamatan negara Teluk berkenaan.

Menurut laporan Reuters yang memetik sumber diplomatik, permohonan maaf itu dibuat menerusi panggilan telefon dari Washington D.C., ketika Netanyahu sedang menghadiri pertemuan rasmi dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House.

Media antarabangsa termasuk Channel 12 Israel, The Guardian dan Associated Press turut melaporkan bahawa Netanyahu menyatakan “penyesalan mendalam” (deep regret) terhadap insiden tersebut yang disifatkan sebagai satu kesilapan operasi.

Kerajaan Qatar sehingga kini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung panggilan itu, namun insiden berkenaan dianggap sebagai satu tamparan diplomatik kerana ia berlaku ketika Doha memainkan peranan sebagai pengantara penting dalam konflik Gaza.

Laporan media Israel menyebut, langkah Netanyahu memohon maaf kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dilihat sebagai langkah luar biasa, malah menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan ahli politik Israel sendiri yang menganggap tindakan itu sebagai “memalukan.”

Serangan di Doha minggu lalu dipercayai menyasarkan kedudukan Hamas, namun menyebabkan korban jiwa warga Qatar serta mencetuskan bantahan keras daripada kerajaan Doha yang menuduh Israel melanggar kedaulatan negara mereka.

Perkembangan ini dijangka akan memberi kesan besar terhadap hubungan diplomatik Israel-Qatar serta peranan Doha dalam proses rundingan gencatan senjata di Gaza. – MYNEWSHUB

Sumber: Reuters, The Guardian, AP News.

Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd