• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSI Terima 4,063 Pelajar Baharu Sesi 2025/2026

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
UPSI Terima 4,063 Pelajar Baharu Sesi 2025/2026
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Bazli Razak

TANJONG MALIM, 28 September 2025– Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima seramai 4,063 pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2025/2026, dalam sesi pendaftaran yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, berkata kehadiran pelajar baharu ini membuktikan keyakinan masyarakat terhadap UPSI sebagai universiti pendidikan unggul negara.

“UPSI bukan sahaja sebuah institusi yang menyampaikan ilmu, tetapi juga tempat membina peribadi dan sahsiah.

Menurut beliau, kehadiran ribuan pelajar dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, menjadikan suasana pendaftaran meriah dengan sokongan keluarga yang sanggup hadir bagi menemani anak masing-masing memulakan langkah sebagai warga universiti.

Tambah beliau, proses pendaftaran yang bermula seawal 7.30 pagi berjalan lancar dengan kerjasama 180 sukarelawan Rakan Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (MILLENIA) bersama Bahagian Keselamatan UPSI.

“Sukarelawan berperanan membantu menyusun barisan, mengurus dokumen serta memudahkan urusan ibu bapa dan pelajar.

“Sebagai bakal pendidik, mahasiswa di sini mesti menyeimbangkan kecemerlangan akademik dengan adab dan akhlak kerana itulah cerminan sebenar seorang insan,

Beliau menegaskan bahawa legasi Suluh Budiman yang menjadi tunjang UPSI perlu terus dipelihara oleh setiap generasi mahasiswa.

“Jadilah Anak Kandung Suluh Budiman yang mampu menyinari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. UPSI percaya pelajar yang menjejakkan kaki ke sini membawa harapan besar untuk menjadi tenaga pengajar, pemimpin dan warganegara yang bertanggungjawab,” ujar beliau.

Sesi pendaftaran turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin, bersama barisan pengurusan universiti termasuk Timbalan Pendaftar Kanan, Maskana Ahmad, pengetua kolej kediaman serta kakitangnya.

Pelajar baharu dijadualkan mengikuti Minggu Orientasi pada 29 dan 30 September yang bertujuan memperkenalkan budaya universiti, ekosistem akademik dan kehidupan kampus, selain membina jaringan persahabatan sesama mahasiswa.

Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd