• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Borneo Fashion Week 2025 Angkat Warisan Ke Persada Dunia

oleh Mohd Arshad
25/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Borneo Fashion Week 2025 Angkat Warisan Ke Persada Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

BORNEO FASHION WEEK 2025 ANGKAT WARISAN KE PERSADA DUNIA

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Borneo Fashion Week (BFW) 2025 bakal kembali pada 10 hingga 11 Oktober ini di Pavilion Damansara Heights dengan tema “Fashion With Purpose”, yang menekankan kelestarian, warisan budaya dan rekaan bertaraf dunia.

Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, bekas juara Mrs. Malaysia Classique Globe 23/24, acara ini menjadi platform fesyen serantau untuk mengangkat pereka tempatan dan Borneo ke mata dunia, di samping menampilkan kolaborasi bersama jenama antarabangsa.

 

“BFW bukan sekadar fesyen, tetapi sebuah platform penceritaan, memupuk kelestarian dan mengangkat warisan budaya,” kata Stephanie.

Edisi kali ini akan menyaksikan gabungan pereka terkenal serta bakat baharu dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam, dengan setiap pereka diwajibkan menampilkan sekurang-kurangnya satu rekaan berkonsepkan lestari.

BFW 2025 turut mendapat sokongan rakan strategik termasuk Cavu Fragrance, NADI Clinic, Pensonic, Esperer Cosmetiques dan Pavilion Damansara Heights.

Stephanie turut menyatakan hasrat jangka panjang untuk menjadikan BFW sebagai hub fesyen utama Asia serta disenaraikan dalam kalendar rasmi Visit Malaysia 2026.

Senarai pereka Malaysia yang terlibat termasuk: Angelique, Aldrin, Clarissima, Calvin Tho, December Teo, GC Jade, Inayad, Ocely, Saerah, Barzwang, Jayk, Wan Bynun, Even Ong, Penan Bag, Maswira Majid, Nasha Prive dan Yacutha.

VIETNAM – BIANCA , GRACIE

SINGAPORE – HAYDEN NG , INDRA MUBARAK

BRUNEI – BILANG

— Mynewshub

Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd