• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tunggu Saat Akhir Daftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi – Armizan

oleh Mohd Arshad
21/09/2025
dalam Terkini
0
Jangan Tunggu Saat Akhir Daftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi – Armizan
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG: Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan digesa supaya tidak menunggu saat akhir untuk mendaftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) berikutan penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumum Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata syarikat terlibat disarankan mendaftar awal bagi membolehkan syarikat memperoleh manfaat subsidi sebaik sahaja tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 diumumkan.

Beliau berkata gesaan itu dibuat berikutan bilangan syarikat mendaftar SKPS masih rendah, iaitu daripada 4,647 kenderaan dianggarkan layak, hanya 89 kenderaan di Sabah dan enam di Sarawak telah membuat pendaftaran SKPS.

“Jangan tunggu saat akhir, kalau kita melihat dari segi proses, mendaftar dan memohon SKPS itu mudah. Kita merasakan kalau mereka daftar sekarang, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) boleh luluskan satu hari, bahkan satu jam pun boleh jika dokumen lengkap.

“Tetapi, proses yang selanjutnya apabila mendapat notifikasi kelulusan, mereka kena memohon fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilihan. Jadi, perkara ini yang akan ambil masa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah di sini hari ini.

Konvensyen sehari itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan dihadiri lebih 1,000 mahasiswa dari seluruh Sabah.

Hari ini, KPDN memaklumkan jumlah kumulatif permohonan SKPS dari 15 September hingga semalam adalah sebanyak 1,790 syarikat melibatkan 5,449 kenderaan, dengan 164 syarikat membabitkan 249 kenderaan melengkapkan pendaftaran SKPS.

Kementerian itu menganggarkan kira-kira 100,000 kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara layak mendaftar menerusi SKPS bagi menikmati subsidi petrol RON95.

Armizan menjelaskan langkah penyasaran subsidi petrol akan dilaksanakan di seluruh negara, dan berbeza dengan penyasaran subsidi diesel yang hanya dilaksanakan di Semenanjung dan subsidi itu dikekalkan di Sabah serta Sarawak.

“Mungkin ada yang tidak jelas. Kemungkinan mereka merasakan sebagaimana diesel, untuk penyasaran subsidi petrol ini tidak terlibat untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, subsidi petrol ini bukan sahaja memanfaatkan syarikat-syarikat berkenaan, tetapi juga melindungi rakyat daripada kesan pergerakan harga petrol apabila subsidi tidak diberikan.

Bernama-

Tags: Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd