• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YDP PAS Sungai Buloh Ditahan Berkaitan Isu Kampung Sungai Baru

oleh Mohd Arshad
15/09/2025
dalam Terkini
0
YDP PAS Sungai Buloh Ditahan Berkaitan Isu Kampung Sungai Baru
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad ditahan polis berkaitan isu pegusiran penduduk Kampung Sungai Baru di kediamannya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, mengesahkan penahanan berkenaan.

“Ya, saya sahkan penahanan ini bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari.Kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 353 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Untuk rekod, Seksyen 186 Kanun Keseksaan merujuk kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 353 berkaitan penggunaan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, manakala Seksyen 324 pula membabitkan kesalahan menyebabkan cedera menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Terdahulu, tular di beberapa laman media sosial rakaman video berhubung penahanan Zaharuddin kira-kira jam 1.30 pagi tadi oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di kediamannya di Sungai Buloh.

Sebelum ini, media melaporkan tujuh lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam provokasi ketika proses pelaksanaan writ saman milikan kosong kediaman di Kampung Sungai Baru, di sini, pada 11 September lalu.

Semua suspek berusia antara 15 hingga 52 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Sulizmie cedera ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan bangunan di lokasi.

BHonline-

Tags: ditahankampung sungai baruYDP PAS Sungai Buloh
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd