• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan TikTok’ – Fahmi

oleh Mohd Arshad
04/09/2025
dalam Terkini
0
‘Saya Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan TikTok’ – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi tidak berpuas hati dengan sikap pengurusan TikTok yang dianggap tidak serius menangani isu berhubung aplikasi dalam talian itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata, pihak TikTok dilihat gagal menangani isu terutama masalah penipuan dan buli siber.

“Isu yang kami bangkitkan berkenaan dengan aspek keselamatan dalam talian, saya meminta supaya pasukan TikTok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan perbincangan, meletakkan beberapa tempoh masa dan tindakan yang perlu mereka lakukan.

“Saya secara umumnya sangat tidak berpuas hati dengan sikap TikTok yang tidak serius dalam mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah tertentu yang telah kami bangkitkan sebelum ini.

“Satu contoh ialah apabila berlaku kes buli siber terhadap mendiang Rajeswary Appahu atau ‘Esha’, TikTok menjanjikan jumlah moderator bagi kandungan termasuk Live akan bertambah namun gagal menyatakan jumlah sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sesi Perjumpaan Menteri Komunikasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama TikTok di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah berkali-kali meminta jumlah moderator terbabit yang mengawasi kandungan berbahasa Tamil daripada pihak TikTok namun tiada maklum balas.

Katanya, pihaknya terus menerima aduan berhubung masalah buli siber membabitkan komuniti India di platform TikTok.

“Keingkaran untuk mengatasi masalah ini boleh mengakibatkan pihak TikTok dikenakan tindakan perundangan.

“Dan saya serahkan kepada MCMC untuk meneliti apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil,” katanya.

BHonline-

Tags: Fahmi FadzilTikTok
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jumlah 'like' di Facebook dan Tiktok tak memihak kepada kerajaan bukan penentu mutlak Kerajaan Madani akan tumbang...

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd