• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Bekas Anggota Bomba Dipenjara 30 Tahun, 12 Sebatan Edar Pil Kuda

oleh Mohd Arshad
28/08/2025
dalam Jenayah
0
Dua Bekas Anggota Bomba Dipenjara 30 Tahun, 12 Sebatan Edar Pil Kuda
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Dua bekas anggota bomba dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 118 gram di Setiu, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hafiq Haikal Che Kamarudin, 27, dan Muhammad Amillah Mat Ripin, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 118.41 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kenderaan ketika melalui sekatan jalan raya di Kuala Setiu pada 13 Julai 2021, kira-kira pukul 9 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 13 Julai 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Noradila Ab Latif manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat daripada Tetuan Wan Hafarizam & Aisha Mubarak.

BHonline-

Tags: bekas anggota bombaedar pil kuda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd