• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kubur Syamsul Haris Akan Digali Semula Jumaat Ini

oleh Mohd Arshad
27/08/2025
dalam Terkini
0
Kubur Syamsul Haris Akan Digali Semula Jumaat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin ditetapkan pada Jumaat ini.

Menerusi perkongsian status WhatsApp terbaharu ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, proses itu akan diadakan pada 29 Ogos 2025 (Jumaat), jam 8 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu.

“Mohon hadir ramai-ramai. Terima kasih atas sokongan dan motivasi,” tulisnya ringkas pada Rabu.

Sebelum ini, Ummu Haiman memaklumkan keluarga masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa berhubung tarikh dan masa penggalian semula meskipun mahkamah sudah mengeluarkan arahan.

Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa lalu memerintahkan penggalian semula kubur Syamsul Haris bagi membolehkan bedah siasat kedua dilakukan dalam tempoh 14 hari bermula tarikh penggalian.

Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman.

Semasa membacakan keputusan, beliau berkata Ketua Polis Negara (KPN) selaku responden pertama akan menyelia proses penggalian semula jasad anak sulung kepada seorang guru itu yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu.

Mahkamah turut mengarahkan seorang pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan bedah siasat kedua terhadap jasad Allahyarham dengan kehadiran Pakar Forensik, Datuk Seri Dr. Bhupinder Singh.

Proses itu turut disertai peguam, Datuk Naran Singh yang mewakili pemohon melalui firma guaman Tetuan Naran Singh & Co.

-Sinar Harian

Tags: gali semulaSyamsul Haris
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Dikendali Tiga Pakar Forensik

30/08/2025
0

Kuala Lumpur: Tiga pakar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) akan menjalankan autopsi ke atas jenazah pegawai kadet Pasukan Latihan...

Mahkamah Arah Gali Semula Kubur Pelatih PALAPES UTM

Mahkamah Arah Gali Semula Kubur Pelatih PALAPES UTM

26/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd