• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Lebuh Raya WCE Siap Sepenuhnya Pada 2027

oleh Mohd Arshad
26/08/2025
dalam Terkini
0
Projek Lebuh Raya WCE Siap Sepenuhnya Pada 2027
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: WCE Holdings Bhd (WCEHB) menegaskan komitmennya untuk menyiapkan sepenuhnya Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menjelang tahun kewangan 2027, sekali gus meletakkan syarikat di landasan kukuh untuk mencatat keuntungan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lyndon Alfred Felix, berkata baki tiga seksyen utama lebuh raya yang belum siap iaitu Seksyen 3, 4 dan 7 sedang giat dibina dengan perancangan teliti bagi memastikan tarikh sasaran dapat dicapai.

“Dengan penyempurnaan seksyen yang masih berbaki serta sokongan berterusan daripada kerajaan, WCEHB yakin berada di landasan kukuh ke arah keuntungan jangka panjang dan penciptaan nilai mampan untuk pemegang saham,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-24 kumpulan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lyndon berkata, Seksyen 7 dijangka siap menjelang akhir 2026 manakala Seksyen 3 disasarkan siap pada suku pertama 2027.

“Kami optimis jajaran penuh akan dapat digunakan sepenuhnya pada 2027, memberikan manfaat besar kepada pengguna lebuh raya serta ekonomi setempat,” katanya.

Ketika ini, lapan daripada 11 seksyen telah beroperasi, termasuk keseluruhan jajaran di negeri Perak.

Antara yang telah dibuka ialah Seksyen 1, 2, 5 dan 6 di Selangor serta Seksyen 8 hingga 11 di Perak.

Beliau berkata, trafik di seksyen yang telah dibuka mencatat perkembangan positif, seiring dengan unjuran asal syarikat.

Katanya, purata trafik harian (ADT) juga meningkat 36 peratus tahun ke tahun pada suku pertama tahun kewangan 2026, mencerminkan permintaan tinggi terhadap lebuh raya itu.

“Apabila jajaran penuh siap sepenuhnya, kami yakin aliran trafik akan lebih kukuh dan memberi impak besar kepada pertumbuhan hasil tol,” katanya.

Bagaimanapun, antara cabaran utama yang dihadapi adalah isu pengambilan tanah di Lot 15762 bagi Seksyen 3.

Walaupun pampasan telah dibayar, pemilik tanah berkenaan masih enggan mengosongkan kawasan berkenaan.

“Kami telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan kerajaan negeri dan Persekutuan serta pihak berkaitan, dan berharap dalam tempoh dua bulan lagi isu ini dapat diselesaikan,” katanya Lyndon, sambil menegaskan ia adalah pengambilan tanah terakhir yang tertunggak sebelum jajaran penuh boleh disiapkan.

Dari segi kewangan, WCEHB mencatat hasil sebanyak RM629.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, meningkat 2.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, dipacu oleh kemajuan pembinaan serta hasil kutipan tol.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kekal positif pada RM98.2 juta, manakala kerugian sebelum cukai berjaya dikurangkan.

Momentum itu berterusan apabila hasil suku pertama tahun kewangan 2026 melonjak 421 peratus kepada RM393.8 juta.

Dalam tempoh sama, hasil tol meningkat 61 peratus kepada RM42 juta, manakala EBITDA meningkat 84 peratus kepada RM33.4 juta.

Angka-angka ini menegaskan sumbangan seksyen baharu yang dibuka kepada pendapatan syarikat.

Selain projek lebuh raya, WCEHB juga sedang melaksanakan kontrak pembinaan bernilai kira-kira RM800 juta, termasuk Projek Seri Langat, Seksyen 7B serta pembinaan kawasan rehat dan rawat (R&R).

BHonline-

Tags: Lebuh Raya WCE
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd