• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Sikora: Sindiket Buat Pengisytiharan Palsu Seludup Tembakau, Rokok Dan Cerut

oleh Mohd Arshad
24/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Op Sikora: Sindiket Buat Pengisytiharan Palsu Seludup Tembakau, Rokok Dan Cerut
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut yang dibongkar menerusi Op Sikora baru-baru ini dikesan menggunakan taktik pengisytiharan palsu.

Menurut sumber, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati taktik pengisytiharan palsu dilakukan semasa proses import dengan meletakkan kod kastam tidak tepat atau menukar butiran barang.

Kata sumber, rokok dan cerut yang dibawa masuk itu disimpan di gudang persendirian sebelum diagihkan ke pasaran.

“SPRM tidak menolak kemungkinan ada beberapa individu dalam radar yang dipercayai terbabit dalam kegiatan ini.

“Setakat ini seramai 14 orang individu diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, tiada sebarang tangkapan baharu manakala sebanyak RM218 juta akaun syarikat dan individu dibekukan dalam kes itu, setakat ini.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menggempur beberapa syarikat disyaki terbabit penyeludupan tembakau, rokok dan cerut yang dikesan mengakibatkan negara kerugian cukai sebanyak RM250 juta sejak lima tahun lalu.

Serbuan menerusi Op Sikora yang diketuai Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM itu dijalankan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, turut mengesahkan Op Sikora dibuat hasil maklumat strategik diperoleh daripada Op Sohor yang menahan 10 individu termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disyaki terbabit sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Difahamkan, sebanyak 14 syarikat disiasat SPRM disyaki terbabit sindiket penyeludupan tembakau, rokok serta cerut yang menyebabkan kerugian besar pada pendapatan cukai negara.

BHonline-

Tags: Op SikoraPengisytiharan PalsuSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd