• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

oleh Mohd Arshad
20/08/2025
dalam Terkini
0
Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga 31 Julai 2025.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, di bawah Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2025 (DPT BLN7/2025) itu, seramai 15,109 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya, manakala 1,523 pemilih bertukar kategori pengundi/status.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata DPT BLN7/2025 diperaku pada 18 Ogos 2025 dan diwartakan pada 20 Ogos 2025 serta dibuka untuk semakan selama 30 hari, mulai 20 Ogos hingga 18 September 2025.

Beliau berkata, SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN7/2025, termasuk melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my.

Selain itu, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

“SPR menyeru warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2025 serta mana-mana pemilih berdaftar yang sudah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN7/2025.

“Jika mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN7/2025, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Khairul Shahril, berkata mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya.

Mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang D, melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Katanya, Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN7/2025.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN7/2025 boleh melayari portal rasmi SPR atau menghubungi SPR di talian 03-8892 7218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

-Berita Harian

Tags: pemilihSPRwarganegara
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd