• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Durjana Perkosa Anak Sendiri Ditahan

oleh Mohd Arshad
13/08/2025
dalam Jenayah
0
Bapa Durjana Perkosa Anak Sendiri Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kajang: Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya sendiri sehingga mengandung dan cuba membuang bayi berkenaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung penemuan bayi perempuan di sebuah stesen minyak sekitar Batu 14, Hulu Langat, di sini.

“Siasatan mendapati, pengadu seorang pengawal keselamatan berusia 29 tahun disyaki bersubahat dengan rakannya yang bekerja sebagai penghantar barang berusia 39 tahun.

“Aduan mengenai penemuan bayi berusia satu minggu berkenaan adalah rekaan dan mereka dipercayai terlibat membuang dan menyembunyikan kelahiran bayi terbabit.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan dua lelaki terbabit serta remaja perempuan berusia 16 tahun 5.35 petang, di sini, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 39 tahun dipercayai pernah merogol anaknya yang tidak bersekolah berkenaan sehingga melahirkan anak.

Katanya, dua lelaki terbabit ditahan dan direman enam hari bagi membantu siasatan manakala remaja perempuan berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, bayi terbabit berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke hospital bagi pemeriksaan dan tindakan lanjut.

“Semakan mendapati dua suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan 376(3) Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor, Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Perkosa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Remaja Perempuan Diperkosa Ahli Keluarga Sampai Hidap HIV

Remaja Perempuan Diperkosa Ahli Keluarga Sampai Hidap HIV

16/09/2022
0

MEDAN : Seorang remaja 12 tahun disahkan menghidap HIV akibat menjadi mangsa pemerkosaan ahli keluarga sendiri sejak bertahun-tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Bapa ‘Binatang’ Sanggup Perkosa Anak Habis Berpantang

16/06/2020
0

SEORANG lelaki direman tujuh hari mulai hari ini, selepas disyaki merogol anak kandungnya yang baharu habis berpantang selepas melahirkan bayi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd