• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Pasukan Khas Bukit Aman Diharap Rungkai Punca Kematian Zara Qairina – Peguam

oleh Mohd Arshad
12/08/2025
dalam Terkini
0
Siasatan Pasukan Khas Bukit Aman Diharap Rungkai Punca Kematian Zara Qairina – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Pengambilalihan siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir oleh Pasukan Task Force daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman disifatkan satu perkembangan positif yang diharap dapat merungkai punca kematian pelajar berkenaan.

Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina, Shahlan Jufri, berkata siasatan pasukan khas itu turut diharap dapat membuktikan wujud unsur jenayah yang menyebabkan kematian Zara Qairina.

“Perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara Qairina, seterusnya membuktikan wujud unsur jenayah yang menyebabkan kematiannya,” katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan kes itu, di sini, hari ini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menghantar pasukan khas daripada Bukit Aman bagi mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina, 13.

Pasukan khas membabitkan sembilan pegawai dan anggota JSJ itu sudah digerakkan ke Kontinjen Sabah sebagai sebahagian daripada komitmen PDRM bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.

Shahlan bersama rakan guamannya, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi, berkata pengambilalihan siasatan kes itu selaras dengan satu daripada empat perkara yang dimohon pihaknya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi surat bertarikh 5 Ogos 2025.

Selain pengambilalihan siasatan itu, dua lagi sudah dilaksanakan iaitu pengembalian kertas siasatan kepada PDRM dan siasatan dibuka semula serta penggalian semula kubur arwah Zara Qairina supaya satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian.

Setakat ini, hanya permohonan untuk diadakan satu inkues bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah atau tidak dalam kes kematian Zara Qairina yang belum dilaksanakan.

Pada Ahad lalu, Shahlan berkata, inkues bagi kes itu perlu diadakan jika keluarga dan pihaknya tidak berpuas hati terhadap keputusan laporan bedah siasat ke atas jenazah arwah Zara Qairina yang akan dikeluarkan selepas ini.

Katanya, inkues juga tidak akan diminta jika ada suspek yang ditahan dan didakwa selepas selesai siasatan kes kematian Zara Qairina.

Jenazah Allahyarham Zara Qairina dibedah siasat selama lapan jam di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Ahad lalu selepas jasadnya digali semula dari kubur pada petang Sabtu lalu dan dikebumikan semula pada tengah malam semalam di Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, kira-kira 140 kilometer dari sini.

Allahyarham Zara Qairina sebelum ini ditemui tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Kematian pelajar tingkatan satu itu menimbulkan keraguan ahli keluarganya dan orang ramai berikutan kemungkinan wujud unsur buli sebagai punca sebelum perkara itu tular dan menjadi isu yang mendapat perhatian umum.

BHonline-

Tags: Allahyarham Zara Qairina MahathirJSJ Bukit Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd