• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

oleh Mohd Arshad
12/08/2025
dalam Terkini
0
Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES).

NRES dalam kenyataan memaklumkan pihaknya melalui PERHILITAN dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia memandang serius peningkatan drastik insiden roadkill yang membabitkan hidupan liar di negara ini.

“Rekod PERHILITAN menunjukkan lebih 2,300 insiden roadkill berlaku dari 2020 hingga 2024.

“Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan dikenal pasti sebagai satu daripada jalan raya yang mencatatkan insiden roadkill tertinggi,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, satu Sesi Meja Bulat Peringkat Tertinggi mengenai tindakan segera penyediaan infrastruktur jalan raya yang lebih selamat untuk manusia dan hidupan liar di JRTB diadakan pada 17 Julai lalu.

Menerusi sesi itu, beberapa langkah jangka pendek dikenal pasti, termasuk mengukuhkan perundangan, pemasangan papan tanda mesra alam, meningkatkan kesedaran pemandu, dan menggalakkan amalan pemanduan berhemah.

“Penyelesaian jangka pertengahan dan jangka panjang pula termasuk termasuk pengayaan habitat, meningkatkan ketersambungan hutan dan memelihara lintasan hidupan liar sedia ada,” menurut kenyataan itu.

NRES memaklumkan pelaksanaan langkah ini diharapkan dapat diperkukuhkan dan dilaksanakan secara proaktif lebih-lebih lagi sempena sambutan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day – WED) pada 12 Ogos setiap tahun.

“Aspirasi WED bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia tentang kepentingan pemuliharaan dan perlindungan spesies gajah serta ancaman yang dihadapi. Ini juga selaras dengan Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah Kebangsaan (National Elephant Conservation Action Plan – NECAP 2.0),” menurut NRES.

Bersempena WED 2025, WWF-Malaysia memeterai Surat Perjanjian dengan EMPTA untuk bekerjasama dalam inisiatif yang menggalakkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan roadkill hidupan liar.

“Kerjasama ini membabitkan syarikat pengangkutan, penyedia perkhidmatan logistik, dan pihak berkepentingan lain untuk mempromosikan amalan pemanduan selamat di zon ekologi,” menurut NRES.

Bernama-

Tags: insiden haiwan liarlanggarPerhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd