• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Bincang Usul Kejadian Gempa Bumi Petang Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejadian gempa bumi yang menimpa kawasan Ranau, Sabah, Jumaat lepas akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelah petang ini.

Usul mengenainya diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3), perbahasannya bermula 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

“Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit,” katanya.

Usul mengenai gempa bumi itu dikemukakan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Bung Mokhtar ketika mengemukakan usul itu antara lain mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan bajet tambahan untuk membina jalan alternatif ke puncak Kinabalu dan menyediakan inisiatif kepada malim yang kehilangan pendapatan akibat aktiviti pendakian gunung tersebut ditutup sementara.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan operasi mencari dua lagi warga Singapura yang hilang masih diteruskan susulan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat. – BERNAMA

Tags: Dewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd