• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

oleh Mohd Arshad
10/08/2025
dalam Terkini
0
Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Polis kini giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung di Padang Speedy, Teluk Intan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, berkata tujuh suspek berusia antara 21 hingga 32 tahun yang direman selama tiga hari bermula 8 Ogos lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan akan diberi jamin polis hari ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam dalam minggu ini bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, media melaporkan polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak berkenaan.

Bakri berkata tangkapan dilakukan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan dua pasukan bola sepak tempatan yang bermain dalam Liga Integriti Hilir Perak 2025.

Bernama-

Tags: bergaduhperlawanan bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

08/02/2025
0

JEMPOL: Kemalangan di Taman ACBE, Bahau di sini jam 10 malam tadi menjadi punca pergaduhan dua kumpulan sebelum 10 lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd