• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MoF Terbit Kenyataan Pra-Belanjawan 2026, Rakyat Diajak Beri Cadangan

oleh Mohd Arshad
08/08/2025
dalam Terkini
0
MoF Terbit Kenyataan Pra-Belanjawan 2026, Rakyat Diajak Beri Cadangan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengeluarkan Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 dan meluncurkan Portal Cadangan Belanjawan 2026 sebagai langkah penyediaan belanjawan tahunan yang inklusif dan telus.

Justeru, orang ramai dijemput untuk mengemukakan cadangan melalui Portal Cadangan Belanjawan 2026 di www.belanjawan.mof.gov.my sehingga 3 Oktober 2025.

“Penerbitan Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 adalah selaras dengan amalan standard global bagi menggalakkan wacana awam dan meningkatkan ketelusan dalam penyediaan belanjawan tahunan.

“Justeru, dokumen ini diterbitkan untuk menggariskan keutamaan kerajaan bagi Belanjawan 2026 kepada rakyat, sebagai panduan dalam penyampaian input dan cadangan bagi penyediaan belanjawan,” menurut MOF dalam satu kenyataan.

MOF berkata, penerbitan Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 dan peluncuran Portal Cadangan Belanjawan 2026 itu susulan Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Perdana Menteri berkata, tumpuan Belanjawan 2026 terarah kepada penyampaian agenda ekonomi Malaysia jangka panjang di samping menangani cabaran jangka pendek dalam berdepan ketidaktentuan global dan peningkatan persaingan.

Beliau berkata, ia juga bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan melindungi daya tahan ekonomi.

“Pada masa sama, usaha akan diambil bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi bantuan lebih bersasar berteraskan keberhasilan ke arah menambah baik kualiti hidup,” tambahnya.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapannya pada pembukaan majlis itu berkata, Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau berkata, langkah yang dirancang akan disusun berasaskan tiga tonggak kerangka Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling potensi ekonomi negara, menaikkan lantai taraf hidup dan darjat rakyat, serta memacu pembaharuan dan tatakelola Baik.

Bagi melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, berdaya saing dan mampan berteraskan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial, Belanjawan 2026 akan menumpukan usaha memecahkan kekangan struktur yang lama berakar, khususnya kebergantungan kepada model ekonomi kos rendah dan sederhana.

Dengan Ekonomi MADANI menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, Belanjawan 2026 akan memberi tumpuan kepada transformasi asas perindustrian.

Ia termasuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global dan beralih kepada pertumbuhan berasaskan produktiviti tinggi dan inovasi.

Dalam menaikkan lantai taraf hidup dan darjat rakyat, Belanjawan 2026 membina kesinambungan usaha terdahulu untuk mengangkat asas kehidupan rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi memberi kesan langsung kepada kualiti hidup rakyat yang lebih baik.

Menjunjung prinsip ekonomi yang adil bagi memastikan keselamatan, maruah dan peluang saksama untuk semua, Belanjawan 2026 akan memberi tumpuan kepada akses sejagat kepada perkhidmatan asas, upah yang adil, perlindungan sosial kukuh dan peluang bagi setiap rakyat untuk maju ke hadapan.

Dalam memacu pembaharuan dan tatakelola baik, aspirasi Belanjawan 2026 akan memacu reformasi sektor awam dalam memperkukuh tadbir urus, mempertingkat penyampaian perkhidmatan dan menjamin kemampanan fiskal.

Antaranya, memodenkan perkhidmatan awam, memperkenal kerangka dan perundangan yang meningkatkan prestasi perkhidmatan awam serta memperkukuh prinsip integriti dan tadbir urus beretika.

Reformasi itu disokong oleh komitmen untuk mengoptimumkan sumber awam, meminimumkan ketirisan dan memastikan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

MOF berkata, Kerajaan MADANI mengangkat pendekatan demokrasi penyertaan dalam merangka Belanjawan 2026 agar limpahan kemakmuran negara dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Justeru, katanya, Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 menghimpunkan hampir 300 peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan industri, akademia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan pertubuhan antarabangsa.

Antara topik utama yang diketengahkan termasuk usaha meningkatkan akses kepada pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat; pemerkasaan ekonomi Bumiputera; pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri tempatan; perlindungan pengguna dan pembeli rumah serta pemuliharaan khazanah alam.

Majlis libat urus itu menjadi permulaan kepada siri mesyuarat kumpulan fokus yang lebih mendalam bagi memperhalusi input Belanjawan 2026.

Perdana Menteri telah mengarahkan agar semua kementerian juga melaksanakan sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama pihak berkepentingan masing-masing bagi memastikan belanjawan itu mencerminkan harapan dan aspirasi semua lapisan masyarakat.

-Berita Harian

Tags: cadanganMOFPra-Belanjawan 2026Rakyat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

17/05/2026
0

HIMPUNAN Daulat Tuanku semalam ada yang melaporkan sekitar 3,000 peserta, manakala ada yang menyebut 5,000 orang. Tidak mustahil juga jumlah...

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus bersyukur dengan kemampuan kerajaan mengawal impak krisis global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd