• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas

oleh Mohd Arshad
04/08/2025
dalam Jenayah
0
Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk dua wanita warga asing ditahan selepas terbabit dalam pengedaran ‘nugget’ atau bunga ganja bernilai RM1.48 juta.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar apabila polis menyerbu sebuah apartmen di Taman Kuchai Entreprenuers, di sini, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan berkenaan menemui 91 bungkusan plastik mengandungi dadah jenis bunga ganja seberat 42.3 kilogram (kg) di kediaman terbabit.

“Susulan penemuan itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan tiga warga asing termasuk dua wanita dari Vietnam berusia 26 hingga 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati kumpulan ini menjadikan kediaman terbabit sebagi setor penyimpanan bunga ganja sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang dari suspek positif dadah jenis methaphetamine, amphetamine dan ketamin.

“Semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Polis turut menyita sebuah kereta jenis BMW dan wang tunai RM800,” katanya.

Beliau berkata, mereka direman selama tujuh hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Tags: Bunga Ganjasindiket
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima keluarga tampil merayu bantuan selepas anak mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dan pemerdagangan manusia di Taiwan serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd