• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serbu 2 Apartmen, Tahan Wanita Vietnam Bersama Dadah RM4.9 Juta

oleh Mohd Arshad
03/08/2025
dalam Jenayah
0
Polis Serbu 2 Apartmen, Tahan Wanita Vietnam Bersama Dadah RM4.9 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran dadah didalangi wanita warga Vietnam tumpas hasil serbuan di dua unit kediaman di apartmen berpagar dan berpengawal di daerah ini, minggu lalu.

Dalam serbuan antara jam 2.15 petang, 25 Julai lalu hingga 12.30 tengah malam, 26 Julai lalu, dadah dianggar bernilai lebih RM4.9 juta dirampas.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, sindiket yang aktif sejak April lalu itu dipercayai memproses dan membungkus semula dadah dalam paket kecil sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Dalam serbuan pertama, kita menahan wanita warga Vietnam berusia 31 tahun yang dipercayai menyewa kediaman berkenaan dan menjadikannya tempat untuk didiami dan menyimpan dadah.

“Dengan dipandu arah suspek, kita menyerbu sebuah lagi unit kediaman di apartmen sama dan menemui pelbagai jenis dadah. Kita percaya kediaman disewa individu lain ini dijadikan lokasi membungkus semula dadah.

“Kita dapati suspek menggunakan ramuan lain seperti serbuk kopi untuk dicampur bagi menghasilkan dadah,” katanya ketika sidang media hari ini.

Kumar berkata, hasil serbuan pihaknya merampas 29,219 gram (g) serbuk ekstasi; 131g atau 353 biji pil ekstasi dan 200g ketamin bernilai lebih RM4.9 juta yang mana semua dadah ini boleh digunakan 97,849 penagih dadah.

Polis turut merampas pelbagai alatan memproses dan membungkus semula dadah, selain menyita wang tunai RM3,000; mata wang asing dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai sitaan RM38,555.60.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif ketamin dan wanita warga Vietnam itu kini direman sehingga 8 Ogos ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

“Kita percaya ada rangkaian atau ahli terbabit sindiket ini masih bebas termasuk seorang lelaki tempatan dengan nama Terrence Ki Kek Ding berusia 35 tahun yang beralamat tetap di Kuching, Sarawak yang mana kita percaya dia boleh membantu siasatan,” katanya.

BHonline-

Tags: Apartmendadahwanita Vietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd