• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pelajar Maut Dirempuh Polis, Ketua Polis Kedah Jamin Siasatan Telus

oleh Mohd Arshad
02/08/2025
dalam Terkini
0
Kes Pelajar Maut Dirempuh Polis, Ketua Polis Kedah Jamin Siasatan Telus
Share on FacebookShare on Twitter

BALING: Polis Kedah memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh berhubung kematian seorang pelajar lelaki yang dirempuh kenderaan dipandu anggota polis dalam kejadian di Guar Chempedak, baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah, berkata pihaknya amat kesal dengan insiden berkenaan dan bersimpati kepada keluarga mangsa.

“Semalam kami melakukan lawatan ke rumah keluarga mangsa, saya sendiri amat kesal dan simpati dengan kejadian ini… kita tidak akan bertolak ansur atas kecuaian ini. Kita akan buat siasatan secara menyeluruh tanpa kompromi, termasuk siasatan dalaman oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Pihak polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

“Sebelum itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1), namun diklasifikasi semula selepas mangsa meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat AMANITA Kontinjen Kedah Tahun 2025 di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di sini, hari ini.

Adzli berkata, anggota polis terbabit sudah ditahan untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis namun masih belum digantung tugas.

Bagaimanapun katanya, pihak polis akan menilai keperluan berkenaan bergantung kepada perkembangan siasatan.

Terdahulu media melaporkan, pelajar bermotosikal yang parah akibat dirempuh kereta dipandu anggota polis yang dikatakan melanggar isyarat lampu merah di Pekan Guar Chempedak pada Isnin lalu, meninggal dunia malam kelmarin selepas hampir tiga hari bertarung nyawa.

Pelajar Tingkatan Empat, Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi, 16, meninggal dunia malam kelmarin selepas hampir tiga hari di Unit Rawatan Tapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Dalam perkembangan lain, Adzli berkata sebanyak 148,929 laporan polis berkaitan pelbagai isu diterima kontinjen Kedah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 9,426 laporan polis mempunyai unsur jenayah dan telah dirujuk ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Berlaku penurunan sebanyak 1,921 laporan bersamaan 16.93 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, yang mana terdapat sebanyak 11,347 kes yang dirujuk ke JSJ daripada keseluruhan 139,614 laporan yang diterima

“Ini jelas menunjukkan kejadian berkaitan jenayah dalam Kontinjen Kedah ini telah berkurang sebanyak 1,921 kes,” katanya.

Mengulas lanjut, Adzli berkata kes samun berkawan turut menunjukkan penurunan sebanyak 19.70 peratus iaitu dari 66 kes pada tahun 2024 turun ke 53 kes pada tahun ini.

Katanya, kes lain yang turut menunjukkan pengurangan ialah kes rogol iaitu daripada 80 kes (2024) kepada 60 kes (2025) serta kes pecah rumah yang turun daripada 594 kes (2024) kepada 534 kes (2025).

“Kes curi motosikal menurun daripada 446 kes (2024) kepada 348 kes (2025) manakala kes curi motokar turut menurun daripada 88 kes (2024) kepada 79 kes (2025),” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kes Pelajar Maut Dirempuh Polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd