• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

oleh Mohd Arshad
30/07/2025
dalam Jenayah
0
Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 573.6 gram, tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Rohani Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Aminuddin Amir, 66, di akhir kes pendakwaan.

“Saya berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah oleh tertuduh adalah berdasarkan anggapan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala elemen pengedaran pula telah dibuktikan berdasarkan takrifan di bawah Seksyen 2 akta sama iaitu menyimpan atau memiliki.

“Justeru itu, berdasarkan Seksyen 180 Akta Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh dipanggil untuk membela diri,”katanya.

Tertuduh kemudian diberi tiga pilihan iaitu memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.

Tertuduh memaklumkan kepada mahkamah mahu memberi keterangan secara bersumpah dan peguamnya, G Subramaniam Nair memberitahu akan memanggil seramai empat saksi termasuk anak guamnya dalam prosiding membela diri.

Mengikut pertuduhan, Aminuddin didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 573.6 gram di pondok belakang rumah di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir di Jempol pada 14 September 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi.

Tarikh prosiding pembelaan ditetapkan pada 2 dan 3 Oktober depan.

SinarHarian-

Tags: Bekas Sarjan MejarBela DiriEdar Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd