• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok

oleh Mohd Arshad
27/07/2025
dalam Terkini
0
Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 akan mengangkat sumpah esok.

Wan Ahmad Farid, 62, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lalu.

Majlis angkat sumpah dan penyerahan surat pelantikan dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya.

Selain Wan Ahmad Farid, seramai lapan Hakim Mahkamah Rayuan dan 14 Hakim Mahkamah Tinggi yang baharu turut dijadualkan mengangkat sumpah.

Turut dilantik ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan penyandang yang bakal bersara.

Wan Ahmad Farid yang berasal dari Kuala Terengganu, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 November tahun lalu.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London pada 1985 dan memperoleh Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya pada 1986. Kerjaya guamannya bermula sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Adnan & Wee, Kuala Terengganu, dari 1987 hingga 2003.

Selain kerjaya perundangan, beliau juga aktif dalam bidang pentadbiran dan politik, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003 hingga 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2008 hingga 2009.

Antara tahun 2011 hingga 2015, beliau kembali ke bidang guaman sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Wan Farid & Surin, Kuala Lumpur.

Wan Ahmad Farid memulakan karier kehakiman sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dari 2015 hingga 2019.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dari 2019 hingga 2024, dan pernah bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mahkamah Tinggi Shah Alam (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas), serta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas 3).

Pada 2024, beliau juga memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dalam kes saman pemula difailkan peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat.

Dalam penghakimannya, Wan Ahmad Farid memutuskan bahawa kuasa YDPA dalam mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah Wan Ahmad Farid juga antara anggota panel hakim yang mendengar kes membabitkan pertikaian 263.272 ekar tanah di Duta Enclave membabitkan Semantan Estate Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan

BHonline-

Tags: Ketua Hakim NegaraWan Ahmad Farid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

28/07/2025
0

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad...

Agong Perkenan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh Dilantik Ketua Hakim Negara

Agong Perkenan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh Dilantik Ketua Hakim Negara

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd