• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasport Terbang: Empat Pegawai Penguat Kuasa Direman 6 Hari

oleh Mohd Arshad
27/07/2025
dalam Jenayah
0
Pasport Terbang: Empat Pegawai Penguat Kuasa Direman 6 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Empat pegawai penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah RM3,000 bagi kegiatan ‘pasport terbang’ di kaunter zon masuk motosikal, sempadan Johor-Singapura direman enam bermula hari ini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohammad Izham Mohd Aliyas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat suspek berusia antara 20-an hingga 40-an, hingga 1 Ogos ini.

Semalam empat suspek berkenaan ditahan di pejabat SPRM Johor kerana disyaki menerima rasuah bagi kegiatan pasport terbang.

Dua suspek utama ditahan Unit Pematuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) semasa pemeriksaan dilakukan di kaunter kelmarin.

Susulan itu, dua lagi pegawai penguat kuasa ditahan kerana disyaki bersubahat. Penahanan itu membawa kepada penemuan 14 pasport warga asing, empat telefon bimbit milik kedua-dua suspek utama serta wang rasuah bernilai kira-kira RM3,000 telah ditemukan.

Siasatan awal mendapati wang tunai dan telefon bimbit itu mempunyai kaitan dengan transaksi rasuah.

Bagi setiap satu pasport yang dicop tanpa kehadiran pemilik pasport, semua suspek akan menerima wang rasuah kira-kira RM200.

BHonline-

Tags: Pasport Terbangpegawai penguat kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Counter Setting’: AKPS Kesan Tindakan Mencurigakan Melalui CCTV, Pegawai Penguat Kuasa Ditahan

‘Counter Setting’: AKPS Kesan Tindakan Mencurigakan Melalui CCTV, Pegawai Penguat Kuasa Ditahan

24/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguat kuasa ditahan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini, kerana disyaki...

Gagal Menang Trofi, Barcelona Pecat Xavi

Pegawai Penguat Kuasa PBT Minta Rasuah RM12,000 Ditahan SPRM

25/05/2024
0

PUTRAJAYA - Seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rasuah bernilai RM12,000....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd