• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota RELA Diingat Tidak Salah Guna Kuasa

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kuasa melalui pangkat yang diberikan kepada mereka.

Ketua Pengarahnya, Lukeman Saaid berkata pemberian pangkat kepada anggota RELA tidak bermakna mereka bebas melakukan apa sahaja, sebaliknya merupakan anugerah bagi menghargai komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka dalam setiap program yang dijalankan oleh badan itu.

“Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, setiap anggota perlu mematuhi segala peraturan negara ini, dan tiada pengecualian,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penganugerahan Pangkat Bersekutu di Hotel Ritz Garden malam tadi.

Lukeman berkata RELA akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang didapati menyalah guna kuasa atau menjatuhkan imej badan itu.

Beliau berkata Bahagian Pembangunan RELA juga telahpun diarah memberi latihan kepada ahli bersatu dan kehormat di pusat latihan badan itu untuk memberi pemahaman mengenai fungsi serta peranan sebenar RELA kepada setiap anggota.

Pada majlis itu, sejumlah 49 individu dianugerah Pangkat Bersekutu bagi menghargai pengorbanan, jasa serta komitmen mereka terhadap RELA Malaysia selain membantu aktiviti kemasyarakatan.

“Inilah cara kami membalas budi dan jasa mereka dengan menjadikan mereka sebahagian daripada keluarga besar kami yang mempunyai hampir 3 juta anggota dan 1,595 ahli kehormat dan bersekutu di seluruh Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: RELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

15/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman selepas tular pendaftaran automatik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd