• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Menggali Kubur Sindiket Pemerdagangan Manusia Tamat

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANG KELIAN – Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang bermula 25 Mei lepas di sini ditamatkan pada Isnin.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata tujuh lagi rangka mayat berkafan ditemui di tujuh liang kubur di Bukit Genting Perah pada pukul 2.10 petang dan telah dibawa turun pada pukul 5.55 petang tadi melalui kawasan Felcra Lubuk Sireh.

Penemuan terakhir itu menjadikan jumlah keseluruhan rangka mayat yang dikeluarkan sehingga hari ini adalah sebanyak 106.

“Dengan penemuan terakhir ini, maka operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat oleh PDRM yang terdiri daripada pasukan forensik, jabatan siasatan jenayah dan pasukan gerakan am ditamatkan hari ini,” katanya di dalam satu kenyataan.

Pada Ahad, sebanyak 30 rangka mayat lagi ditemui di dalam 31 liang kubur dan dikeluarkan dari kawasan perkuburan di Bukit Genting Perah melalui kawasan Felcra Lubuk Sireh.

Pada 5 Jun, 14 rangka mayat berkafan ditemui dalam 12 kubur yang digali dihutan simpan Mata Air dan pada Ahad 20 rangka mayat berkafan ditemui di dalam 20 liang kubur di tempat sama.

Sebelum itu 35 mayat dan rangka manusia dikeluarkan dari Bukit Wang Burma. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd