• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thor Raih Pingat Emas Acara Snuker Individu

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pemain snuker negara, Thor Chuan Leong berjaya membuktikan bahawa beliau masih berbisa selepas menambah koleksi gelaran juara kategori individu lelaki di temasya Sukan SEA ke-28 Singapura, malam tadi.

Pemenang pingat emas acara 6 red individu lelaki pada Sukan SEA 2013 di Myanmar itu, bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan pemain baharu, Htet Ko dari Myanmar dengan kemenangan 4-2 pada aksi final yang berlangsung di OCBC Arena dekat sini.

Thor, 27, bermula baik apabila berjaya memperoleh mata pertama selepas mendahului pemain Myanmar itu dengan 57-41, namun Htet yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, berjaya menyamakan kedudukan pada permainan berikutnya dengan kemenangan 102-57.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu kembali menguasai perlawanan pada permainan ketiga dengan 65-1 dan sekali lagi kedudukan terikat 2-2 selepas Htet memenangi perlawanan keempat dengan 76-23.

Turun selaku pemain berpengalaman, Thor berjaya menjerat pemain Myanmar itu dengan menguasai dua permainan berikutnya dengan kemenangan 74-49 dan 69-18.

Ketika ditemui pemberita, Thor mengakui agak tertekan dengan cabaran sengit oleh pemain Myanmar itu.

“Saya mula memperlahankan rentak permainan pada perlawanan kelima bagi mengurangkan tekanan supaya dapat kembali memberi fokus kepada perlawanan seterusnya.

“Beliau (Htet) mempunyai bakat besar dan saya terkejut apabila beliau memberi cabaran hebat kepada saya. Saya yakin beliau mampu menjadi bintang dalam sukan snuker satu hari nanti,” katanya.

Thor akan bergandingan dengan Moh Keen Hoo dalam acara snuker beregu, hari ini.

“Saya tidak menjanjikan apa-apa pingat, namun saya akan berusaha melakukan yang terbaik bersama Moh esok,” kata Thor. – BERNAMA

Tags: SnukerSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd