• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Dakwaan Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

oleh Mohd Arshad
13/07/2025
dalam Terkini
0
Polis Siasat Dakwaan Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat laporan berkaitan pendedahan dan penyebaran disyaki minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menurutnya, tumpuan siasatan adalah terhadap pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman dan juga di media sosial.

“PDRM akan memanggil semua saksi kompeten bagi membantu siasatan kes ini.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat.

Tegasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam mendedahkan dan menyebarkan maklumat tersebut.

Petikan minit mesyuarat JAC yang didakwa berlangsung pada Mei lalu tersebar di media sosial sejak Sabtu, dipercayai bermula dari laman Reddit sebelum tular di Facebook dan aplikasi X.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kesahihan dokumen minit mesyuarat JAC yang tular di media sosial.

Fahmi berkata, sekiranya dokumen tersebut disahkan sahih dan diklasifikasikan sebagai rahsia, penyiaran atau pengedarannya boleh membawa implikasi undang-undang, khususnya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

SinarHarian-

Tags: Minit MesyuaratSuruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Adendum Najib: Butiran Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Tidak Akan Didedahkan

Titah Adendum Najib: Butiran Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Tidak Akan Didedahkan

09/01/2025
0

PUTRAJAYA : Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum....

Minit Mesyuarat Dan Ketentuan Tuhan

21/04/2022
0

Sejujurnya pendedahan dokumen dipercayai minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) tentang gerak kerja untuk terus menganiaya dan menzalimi Najib Razak dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd