• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

oleh Mohd Arshad
11/07/2025
dalam Utama & Sensasi
0
82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di Kementerian Kesihatan (KKM) dengan menetapkan waktu bekerja kepada 42 jam seminggu.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan berkata, pengecualian itu membabitkan seramai 82,637 petugas kesihatan merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

“Kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap kebimbangan yang disuarakan petugas kesihatan berhubung pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Setelah meneliti secara mendalam keperluan operasi dan hakikat tugas kritikal yang dijalankan oleh petugas kesihatan yang terbabit secara langsung dalam menyelamatkan nyawa pesakit dari katil ke katil tanpa mengira masa, kerajaan melihat tanggungjawab sedemikian menuntut tahap kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi yang luar biasa.

“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kebajikan dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan lima skim perkhidmatan kritikal KKM,” katanya.

Kenyataan itu berkata, langkah itu adalah komitmen Kerajaan MADANI untuk terus mendengar dan mengambil tindakan terhadap suara serta kebajikan petugas kesihatan yang menjadi tunjang sistem kesihatan negara.

Sebelum ini media melaporkan beberapa pihak menyuarakan kebimbangan mengenai arahan baharu di bawah SSPA yang memerlukan petugas hospital termasuk jururawat yang bekerja secara syif bertugas selama 45 jam seminggu, bertambah daripada 42 jam ketika ini.

Sehubungan itu pada Februari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad memaklumkan kementeriannya memohon moratorium tempoh interim selama tiga bulan, antaranya bagi meneliti pelbagai cadangan dan mengadakan sesi libat urus membabitkan semua petugas yang terbabit.

BHonline-

Tags: KKMpetugas kesihatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd