• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

oleh Mohd Arshad
10/07/2025
dalam Jenayah
0
Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga 50 peratus bergantung kepada zon selain memonopoli pasaran dalam kontrak pembekalan kepada sebuah jabatan kerajaan.

Menurut sumber SPRM, syarikat yang dimiliki pasangan suami isteri bersama seorang anak sebagai pemegang saham utama itu dipercayai terlibat dalam pembekalan produk bernilai RM120 juta yang tidak memenuhi piawaian Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

“Fokus siasatan bertumpu kepada isu cukai, unsur rasuah serta amalan monopoli harga dalam pembekalan tender susu tepung kepada jabatan kerajaan.

“Siasatan turut menjurus kepada pemilikan syarikat termasuk jaringan pengedar lain yang memainkan peranan dalam rantaian bekalan susu tepung tersebut,” menurut sumber itu.

Sumber memaklumkan setakat ini 75 akaun sudah dibekukan membabitkan 24 akaun individu dan 51 akaun syarikat dengan nilai keseluruhan RM174.6 juta.

“Turut dirampas pelbagai dokumen membabitkan kontrak pembekalan susu tepung dan dokumen kewangan, telefon bimbit serta komputer riba turut disita bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini seramai 10 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan manakala seorang lagi anak kepada pasangan pemilik syarikat terbabit dijangka hadir ke pejabat SPRM pada Selasa atau Rabu depan.

“Tiada tangkapan baharu setakat ini namun siasatan masih diteruskan termasuk terhadap pengurusan jabatan kerajaan yang terbabit secara langsung dalam urusan kontrak pembekalan susu tepung,” katanya.

Media semalam melaporkan tiga sekeluarga disyaki menjadi dalang memonopoli tender pembekalan susu kepada jabatan kerajaan sejak dua dekad lepas ditahan menerusi Op White di sini pada Selasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, keluarga itu disyaki menjadi dalang kartel membekal susu tepung bernilai RM120 juta membabitkan sebuah jabatan kerajaan.

Katanya kesemua premis diserbu disyaki menyimpan dokumen berkaitan kontrak pembekalan sejak 2019 susulan siasatan SPRM terhadap dua pemilik dan seorang pengarah syarikat pembekal susu tepung yang dipercayai tidak memenuhi piawaian standard SIRIM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selain mengenal pasti elemen jenayah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

-Harian Metro

Tags: ManipulasiSPRMSusu Tepung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd