LONDON: Red Bull membuat keputusan mengejutkan apabila memecat prinsipal pasukan Christian Horner selepas 20 tahun memegang jawatan berkenaan.
Horner, 51, menjadi individu paling lama menjawat jawatan prinsipal pasukan sejak Red Bull membuat penampilan sulung dalam arena Formula Satu (F1) pada 2005.
“Red Bull melepaskan Christian Horner daripada tugasnya berkuat kuasa hari ini (9 Julai 2025) dan melantik Laurent Mekies sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Red Bull Racing,” kata pasukan dalam satu kenyataan.
“CEO Projek Korporat dan Pelaburan, Oliver Mintzlaff berterima kasih atas tugas cemerlang dilakukannya sejak 20 tahun lalu.”
Alan Permane yang menggalas tugas Pengarah Perlumbaan pada ketika ini akan dinaikkan pangkat sebagai prinsipal pasukan Racing Bulls.
Red Bull pada ketika ini mengumpul 172 mata dalam carta kejuaraan pengeluar di belakang pendahulu McLaren yang mengumpul 288 mata.
BHonline-

