• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Agih RM664.22 Juta Pendapatan AS1M, Naik 13%

oleh AK-47
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMODALAN  Nasional Berhad (PNB) mengagihkan RM664.22 juta pendapatan bagi Amanah Saham 1 Malaysia untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2014.

Jumlah ini diagihkan kepada 376,631 pemegang unit amanah dengan 13 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya dan diberi pada kadar 6.60 seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata sehingga 22 September 2014, AS1M telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM787.23 juta, dengan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM436.89 juta atau 55.5 peratus.

“Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM231.45 juta atau 29.4 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut,” kata Ahmad Sarji kepada media ketika mengumumkan pengagihan pendapatan AS 1Malaysia di sini.

Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata kumpulan tersebut mempunyai kapasiti untuk mengagihkan pendapatan pada kadar 8.40 seunit.

“Akan tetapi, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengagihkan pendapatan pada kadar 6.60 seunit bagi memastikan pulangan berterusan kepada pemegang unit AS1M,” kata beliau pada sidang media yang sama.

Menyentuh mengenai Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2 yang dilancarkan pada April tahun ini, Hamad Kama Piah berkata sebanyak 1.22 billion unit dari 10 billion unit telah dilanggan oleh 60,941 pemegang unit saham sehingga kini.

“Kami akan mempromosikan ASB2 di Sandakan pada minggu hadapan,” katanya lagi. :-MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: SYA

Tags: AS1MPNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd