• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

oleh Mohd Arshad
20/06/2025
dalam Terkini
0
23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027.

Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST), penetapan tarif itu di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

Ia berkata, perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) membabitkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata tarif asas; jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api.

“Kadar purata tarif asas diselaraskan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik bagi tempoh RP4 dan ditetapkan pada kadar 45.40 sen/kWj berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024.

“Dengan pelarasan ini, purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan sehingga 19 peratus berbanding Tempoh Regulatori Ketiga (RP3),” katanya dalam satu kenyataan.

ST menjelaskan, pengenalan jadual tarif baharu itu meliputi perubahan kategori pengguna yang terbahagi kepada domestik dan bukan domestik berdasarkan penggunaan voltan sama ada voltan rendah, sederhana dan tinggi.

Menurutnya, ia juga meliputi penetapan setiap caj bagi komponen tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan yang berdasarkan kos berkaitan.

Bagi komponen caj tenaga pula, ST menjelaskan, mekanisme pelarasan kos bahan api baharu yang lebih dinamik iaitu Pelarasan Bahan Api Secara Automatik atau ‘Automatic Fuel Adjustment’ (AFA) akan menggantikan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

Ia berkata, mekanisme itu membolehkan pelarasan kos penjanaan dilaksanakan secara automatik berdasarkan harga bahan api di pasaran semasa dan kadar tukaran mata wang asing.

Katanya, maklumat itu akan dilaporkan setiap bulan di laman sesawang ST.

ST berkata, jadual tarif baharu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 dan diselaraskan dalam bil elektrik bermula penggunaan bulan Julai 2025.

Ia berkata, perincian kadar serta kategori baharu, jika berkaitan boleh disemak melalui jadual tarif yang akan dipaparkan di laman sesawang https://www.mytnb.com.my/tariff mulai 21 Jun 2025, jam12.00 tengah hari.

Anggaran kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang boleh diakses seawal-awalnya mulai Isnin, 23 Jun 2025 melalui laman sesawang https://www.mytnb.com.my/tariff

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pengguna digalakkan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454, emel ke [email protected] ataupun melalui platform rasmi TNB yang lain.

-Berita Harian

Tags: tarif elektrik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Kenaikan RON95, Tarif Elektrik

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Kenaikan RON95, Tarif Elektrik

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sebarang cadangan untuk kenaikan RON95 dan kenaikan kadar tarif elektrik tahun ini....

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

27/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd