• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

oleh Mohd Arshad
15/06/2025
dalam Politik
0
Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka untuk bertembung dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Pengerusi UMNO dan BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata kenyataan Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali itu adalah manifestasi daripada dinamika biasa dalam sistem demokrasi berbilang parti.

Katanya, pertembungan bukan sesuatu yang menakutkan dalam demokrasi, malah ia adalah medan terbaik untuk menilai siapa sebenarnya mendapat kepercayaan rakyat berdasarkan kekuatan sendiri, bukan sokongan pinjaman atau formula pintas.

“Maka, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa, bahkan boleh dianggap sebagai perkembangan positif jika ditanggapi dalam kerangka persaingan idea dan dasar yang sihat.

“Kepada GRS jika benar bersedia untuk bersaing secara demokratik, kami menyambutnya dengan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Armizan yang menyatakan persetujuan terhadap hasrat Bung Moktar supaya GRS dan BN bertembung dalam PRN Sabah.

Mengulas lanjut, Bung Moktar menegaskan, UMNO dan BN Sabah tidak menyesuaikan kedudukannya semata-mata berdasarkan kenyataan pihak lain, malah tidak menunggu lampu hijau daripada mana-mana pihak untuk menyatakan pendirian atau mengatur langkah.

Beliau menjelaskan, BN juga bukan menolak sebarang kerjasama, sebaliknya tidak mahu bekerjasama hanya untuk menghiasi angka atau mengabsahkan kekuasaan yang rapuh.

“Lebih penting daripada itu, kenyataan ini perlu dinilai dalam kerangka yang lebih luas iaitu soal keabsahan politik, autonomi strategik dan kejujuran dalam kerjasama antara parti.

“Kami mahu berkawan dan bekerjasama dengan mereka yang jujur bukan sekadar dalam perjanjian di atas kertas, tetapi jujur dalam pelaksanaan dasar, dalam menghormati peranan rakan, dan dalam memelihara integriti sistem politik,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama politik tanpa kejujuran ibarat membina rumah atas lumpur, yang mana ia akan runtuh.

“Kami sudah belajar dan rakyat juga sudah menyaksikan persefahaman yang tidak berpaksikan niat yang tulus hanya melahirkan kerajaan yang lemah, tidak konsisten dan tidak diyakini.

“Kepada rakyat Sabah, khususnya generasi muda dan kelas menengah yang semakin celik politik inilah waktunya untuk menilai semula landskap pilihan yang ditawarkan,” katanya.

Dalam ilmu politik, katanya legitimasi tidak datang dari jumlah kerusi semata-mata, tetapi dari keyakinan rakyat terhadap kejujuran perjuangan.

“BN Sabah hadir bukan dengan slogan, tetapi dengan rekod. Kita pernah memimpin negeri ini ke arah pembangunan. Kita juga pernah diuji. Kini, kita kembali dengan tekad untuk memperbaiki, bukan sekadar mengulangi,” katanya.

BHonline-

Tags: BNGRSPRU 17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd