• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetapkan 20 Jun Tentukan Jika Najib Layak Dapat DNAA

oleh Mohd Arshad
11/06/2025
dalam Terkini
0
Mahkamah Tetapkan 20 Jun Tentukan Jika Najib Layak Dapat DNAA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 20 Jun ini bagi memutuskan sama ada untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, sama ada mahkamah wajar memberikan DNAA kepada Najib pada peringkat ini.

Peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Muhammad Shafee membuat permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi bekas perdana menteri itu yang dihantar pada 31 Julai 2023.

Muhammad Shafee berkata, DNAA paling sesuai diberi kepada anak guamnya buat masa ini, dengan mengambil kira faktor garis masa yang tidak pasti bila perbicaraan kes itu akan bermula.

Katanya, tuduhan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibuat pada 2019 dan sudah mengambil masa selama enam tahun, manakala representasi dikemukakan pada 31 Julai 2023.

Katanya, pembelaan percaya wujud merit bagi representasi berkenaan kerana sifat muktamad perbicaraan kes penyelewengan dana SRC yang pertama membabitkan RM42 juta dan rayuan yang seterusnya.

“Kes ini berlangsung sejak 2019, dan penangguhan menjangkau enam tahun. Dokumen berkaitan kes SRC pertama sudah tersebar di pelbagai mahkamah, termasuk Mahkamah Persekutuan dan dalam prosiding sivil.

“Pihak pembelaan mencadangkan pelepasan tidak berjumlah kepada pembebasan penuh (DNAA) bagi mengelak membebankan dokumen mahkamah dan memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk melakukan persediaan tanpa prejudis

“Tertuduh tidak seharusnya menunggu selama-lamanya bagi tarikh perbicaraan ditetapkan. Keadilan memerlukan kejelasan dan kepastian bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, Ashrof Adrin memberitahu mahkamah, AGC menolak representasi Najib dan pihak pendakwaan berhasrat meneruskan perbicaraan kes terbabit.

Ashrof Adrin berkata, sebanyak 807 ekshibit telah dikemukakan dalam perbicaraan penyelewengan dana SRC pertama sebelum ini di Mahkamah Tinggi dan kebanyakannya diperlukan untuk perbicaraan kes pengubahan wang haram.

Dengan itu, katanya, pendakwaan akan membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan dokumen terbabit daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi kerana ia kini berada dalam simpanan mahkamah.

“Untuk mengesan dan mendapatkan semula eksibit berkenaan mungkin mengambil masa, jadi pihak pendakwaan mencari tarikh bagi perbicaraan kemudian untuk membolehkan pengumpulan dokumen dan penyediaan kenyataan saksi dibuat.

“Dokumen berkenaan tidak boleh diperoleh dengan serta-merta. Kali terakhir pendakwaan melihat eksibit itu ialah ketika perbicaraan (SRC pertama) pada 2020 dan tidak pasti di mana ia berada.

“Pihak pendakwaan tidak boleh bersetuju dengan DNAA. Walaupun tidak bersedia meneruskan serta-merta perbicaraan kerana masa yang diperlukan untuk mendapatkan dokumen, kami berhasrat meneruskan dengan perbicaraan.

“Kami mengakui mengesan dokumen akan mengambil masa tetapi mengekalkan ini tidak mewajarkan DNAA,” katanya.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau.

Najjb dituduh melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen tetapi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 selepas pihak pendakwaan membuat permohonan memindahkan kes.

BHonline-

Tags: Mahkamah Tinggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd