• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

oleh Mohd Arshad
02/06/2025
dalam Terkini
0
Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras dalam mengurus ekonomi serta pembangunan negara.

Sultan Ibrahim bertitah, kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini menjadi bukti keupayaan kepimpinan negara dalam mengeratkan kerjasama serantau dan antarabangsa.

“Walaupun ada pihak memandang rendah keupayaan Malaysia, dengan usaha gigih dan semangat kerjasama, terutama oleh penjawat awam, segala cabaran dan rintangan berjaya diharungi,” titah baginda dalam Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi 2025 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir pada istiadat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kabinet lain.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan penjawat awam supaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan mengamalkan prinsip Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Kesetiaan bukan maksud menyembah, tetapi jujur dan amanah dalam memikul tugas dan tanggungjawab diberikan, serta tidak mengkhianati negara dan amanah rakyat,” titah baginda.

Baginda menegaskan penjawat awam mesti bebas daripada pengaruh parti politik, bersikap berkecuali dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

“Pegawai kerajaan harus memastikan setiap keputusan dibuat mengikut syarat dan peraturan ditetapkan, bukan mengikut telunjuk orang politik.

“Setiap perbelanjaan juga mesti dikawal rapi dan tidak boleh digunakan sesuka hati oleh menteri atau Ahli Parlimen untuk memancing undi, sampai menyebabkan hutang kerajaan bertambah besar,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut menggesa semua agensi penguat kuasa menjalankan tugas dengan penuh integriti supaya rakyat tidak hilang kepercayaan dan terus menghormati pakaian seragam yang dipakai.

–BERNAMA

Tags: AgongPenjawat Awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd