• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Berkabung Peringati Mangsa Gempa Bumi Sabah

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura hari ini menghayati hari Peringatan Negara bagi lapan rakyatnya yang terkorban dan dua yang masih hilang dalam gempa bumi di Sabah Jumaat lepas.

Bendera republik ini dikibar separuh tiang di semua bangunan kerajaan dalam keadaan cuaca mendung sebagai tanda mengingati mereka yang maut dan masih hilang akibat bencana alam itu.

Lapan rakyat Singapura – seorang guru dan enam pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong yang melakukan lawatan pembelajaran di luar negara, dan seorang jurupandu pengembaraan – terbunuh di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu.

Dua lagi rakyat negara ini, Navdeep Singh Jaryal s/o Raj Kumar (pelajar) dan Mohammad Ghazi Mohamed (guru), masih belum dapat dikesan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengisytiharkan Isnin (8 Jun) sebagai Hari Peringatan Negara untuk mereka yang menjadi mangsa bencana alam itu.

Tafakur selama seminit juga diadakan pagi ini di semua venue Sukan SEA yang sedang berlangsung di sini.

Mayat tujuh rakyat Singapura – lima pelajar, guru dan jurupandu – diterbangkan ke tanah air dengan pesaswat C-130 Tentera Udara Singapura pada Ahad malam.

Awal pagi ini, dua daripada mangsa – Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, 12, dan jurupandu pengembaraan, Muhammad Daanish, 22 – disemadikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini. – BERNAMA

Tags: Gempa Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Pagi Ini – Jabatan Meteorologi

30/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul...

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

03/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd