• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bangladesh Ditahan Disyaki Cabul Pelajar Dalam Bas

oleh Mohd Arshad
24/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Lelaki Bangladesh Ditahan Disyaki Cabul Pelajar Dalam Bas
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki mencabul seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dalam sebuah bas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pusat Latihan Teknologi Tinggi di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 6.04 petang itu, mangsa yang merupakan penuntut kolej dari Setapak, Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan menaiki bas dari ibu negara ke Melaka.

Ketika kejadian, mangsa duduk di kerusi bernombor 11 manakala suspek duduk di sebelahnya.

Menurut laporan polis, mangsa yang sedang berehat dan memejamkan mata merasakan kaki kanannya disentuh.

“Selepas membuka mata, mangsa mendapati suspek menyentuh kakinya. Mangsa segera menepis tangan suspek dan memarahi lelaki berkenaan, yang kemudiannya meminta maaf serta mendakwa dia tertidur dan tidak sengaja melakukannya.

“Namun, suspek sekali lagi cuba menyentuh mangsa, menyebabkan mangsa bertindak merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit sebagai langkah perlindungan diri,” menurut laporan tersebut.

Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pemandu bas sebelum menukar tempat duduk.

Seorang lagi penumpang wanita turut memaklumkan bahawa suspek sebenarnya tidak tidur dan sengaja melakukan perbuatan tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi hampir dua minit yang memaparkan rakaman dibuat mangsa ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci telah ditahan sejurus tiba di Terminal Bas Melaka Sentral pada jam 8.30 malam dan dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

SinarHarian-

Tags: Lelaki Bangladesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lelaki Bangladesh, Langgar Maut Penunggang Motosikal

Polis Buru Lelaki Bangladesh, Langgar Maut Penunggang Motosikal

04/02/2023
0

KUALA SELANGOR : Polis giat memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan...

Lelaki Bangladesh Gantung Bendera Malaysia Terbalik Minta Maaf

Lelaki Bangladesh Gantung Bendera Malaysia Terbalik Minta Maaf

13/12/2022
0

Klang : Lelaki warga Bangladesh yang menggantung bendera Malaysia terbalik di luar sebuah flat, dihukum denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd