• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

oleh AK-47
18/05/2025
dalam Terkini
0
Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Tiram, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, dua van kilang terbabit dikatakan bertembung, menyebabkan seorang pemandu yang dikenali sebagai Rosmadi Seleman@Sulaiman, 44, mengalami kecederaan pada kaki kanan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba, didapati seorang mangsa tersepit di ruang pemandu salah sebuah van terlibat.

“Pasukan bomba bertindak melakukan kerja-kerja penstabilan kenderaan sebelum mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jurucakap berkenaan berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.56 pagi dan dihantar ke hospital berhampiran menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.14 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-Sinar Harian

Tags: kemalanganVan Kilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd