• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Ayer Keroh-Senawang di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Azmi Ali berkata dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, remaja lelaki berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata rakannya yang juga pembonceng berusia 15 tahun pula cedera parah di tangan serta kaki dan sedang mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Rembau.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke sebuah kolej di sini.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke lorong kecemasan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

-Harian Metro

Tags: kemalangan mautkolej
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd