• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Raikan 310 Anak Yatim Di Istana Negara

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan meraikan 310 anak yatim bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.

Kanak-kanak dari Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) danJabatan Kebajikan Masyarakat itu diraikan dalam majlis santapan mesra yang diserikan dengan persembahan tarian, nyanyian dan gamelan.

Pada majlis itu, baginda yang juga Penaung YAYSH, berkenan menyampaikan sumbangan berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM100, sepasang baju raya, baucar buku dan cenderahati daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua anak yatim.

Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada 10 anak yatim yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Seorang penerima, Nurhaliza Saupi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Takis, Papar, Sabah, memberitahu Bernama dia merasa terharu diraikan dan dapat melihat Raja Permaisuri Agong secara lebih dekat.

“Sangat teruja dan gembira dapat masuk Istana Negara, rasa syukur kerana diraikan dengan penuh meriah dan dapat pula sumbangan daripada Raja Permaisuri Agong,” katanya yang akan memanfaatkan pemberian wang itu dengan sebaiknya.

Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan bersalaman dengan anak yatim serta para hadirin sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, isteri Ketua Setiausaha Negara Puan Sri Rohani Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Rosli Awang.

Selepas majlis itu, kesemua anak yatim berkenaan dibawa melawat sekitar kawasan Istana Negara seperti di Balairong Seri dan Dewan Santapan. – BERNAMA

Tags: Permaisuri Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Ziarah Pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah

23/10/2020
0

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah...

Raja Permaisuri Sampai Sumbangan Kepada Anak Yatim

28/12/2015
0

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan bantuan persekolahan berjumlah lebih RM83,000 kepada 350...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd