• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Honda Jazz Tidak Mengaku Pandu Secara Berbahaya Korbankan 3 Nyawa

oleh AK-47
22/04/2025
dalam Jenayah
1
Pemandu Honda Jazz Tidak Mengaku Pandu Secara Berbahaya Korbankan 3 Nyawa
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Pemandu kereta yang tular melanggar lampu isyarat merah dan merempuh dua motosikal pada 6 Mac lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Pemandu yang berusia 17 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta jenis Honda Jazz dituduh memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16 dan Aisar Azim Abdullah, 17.

Bagi kes ini, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan kedua di bawah Seksyen 26(1) akta yang sama memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM300 hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu tanpa lesen.

Jika disabitkan, hukuman denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, P Rubini mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 namun tertuduh yang diwakili Peguam Johan Radzi merayu kadar berkenaan dikurangkan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,300 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 21 Mei 2025.

-Harian Metro

Tags: pemandu honda jazz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kakak Pemandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Beradik Mohon Maaf

Kakak Pemandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Beradik Mohon Maaf

10/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kakak pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan maut di Senawang, Negeri Sembilan Khamis lalu, tampil memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd